Objektif penubuhan Pulau_Jemor

Di awal penubuhan pusat itu pada 2004, ia pernah dimanfaatkan sepenuhnya dan bermatlamat mewujudkan 10 operator setahun bagi industri akuakultur di Selangor di kalangan nelayan pantai dan laut dalam.

Pada 4 Ogos 2004, Naib Canselor Unisel ketika itu, Prof Datuk Dr Abdul Aziz Ibrahim berkata, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Marin dan Akuakultur Pulau Jemor dan Pusat Bio-IT Selangor di Pusat Biovalley Malaysia, Cyberjaya adalah cetusan menjadikan Koridor Raya Maritim Selangor, namun begitu projek besar ini dilihat terkubur tanpa pengurusan.

Sebagai permulaan, kemudahan awal di Pulau Jemor meliputi program hatchery, jeti, makmal, chalet, sistem bekalan air tawar, dan asrama untuk saintis.